Make your own free website on Tripod.com

LAMAN WEB RASMI PESERTA PKN SUMMERSET ROMPIN DAN KUKTEM KUANTAN

SAJAK PATRIOTIK....
BULETTIN BOARD REUNION BKT JALIL 2004 GAMBAR KENANGAN.... GAMBAR KENANGAN..... SAJAK PATRIOTIK.... KETAWA PENAWAR DUKA.. LAGU TEMA PLKN RINGTONE LAGU PKN gambar kenangan... LAGU LAGU DI PKN IKRAR KERAMAT KHIDMAT NEGARA GAMBAR KENANGAN.... GAMBAR KENANGAN........ GAMBAR KENANGAN GAMBAR KENANGAN...... HIPER RANGKAI GAMBAR KENANGAN........... MENGENAI AKU HUBUNGI AKU.....

SAJAK2 PATRIOTIK...

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Y.A.B TUN DR MAHATHIR B MOHAMAD..

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 1996

Enter supporting content here

ERTI HIDUP..DAYANG NURFAEZAH..DRAMA DISINI BERMULA..MODUL PEMBINAAN KAREKTOR.. EKSLUSIFFF
 
angin kau membawa bahteraku ke mana mahumu
 
di kamar daku sering bertanya
mana tempatku di dunia
tepuk dada tanyalah selera
 
jika daku ingin berjasa
memberikan hidupku makna
tepuk dada tanyalah selera
 
chorus
inginku mengenali erti hidup yg di beri
dunia jadi saksi kilu-liku kan ku harungi ooooohhh....
 
tidak lagi ku kan di situ  
menyaksi kehidupan berlalu  
kan ku kerah darah keringatku
 
tiba waktu aku tiada
tidak akan daku sesali
daku hidup caruku sendiri
 
ulang chorus
 
kini kan ku bawa bahteraku ke mana mahuku
kini ku berani mengemudi ke mana ku pergi
 
ulang chorus
 
bagai guruh menggegar bumi
aku tetap teguh berdiri
penuh pengorbanan sejati
 
sekian...
 
 
 
 
 
Bersama Semula

Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
Tapi sayang,
Semua tinggal kenangan...

Temanku, Kekasihku,
Kuingin seperti dulu,
Bersama,
Menjelajah dunia...

Kekuatan, Kebanggaan,
Bebas dan terus berjalan,
Kenangan,
Tak mungkin aku lupakan...

Dan kuharap, Teman semua,
Dapat bersama semula,
Perjuangan,
Kita masih belum pudar...

Kemananya...
Teman setia...
Perjuangan...
Ku inginkan semua,
BERSAMA SEMULA.

LAGU INI MEMBERI SERIBU MAKNA PADA AKU DAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN  TENTANG ERTI PERSAHABATAN....SUMMERSET/KUKTEM IN MEMORIES..